Friday, 5 June 2015

Entri 9: Menghadapi Final Exam

OOHHH...FINAL!!!



Kepala ini seperti berpusing hendak memikirkan peperiksaan yang bakal aku duduki tidak lama lagi. Mana tidaknya jika satu persediaan pun tidak aku buat lagi. Hm..peperiksaan kali ini merupakan peperiksaan akhir aku sebagai pelajar ijazah di UUM ini. Aku harapkan semuanya baik-baik sahaja. Peperiksaan aku bermula pada 11/6/2015, subjek strategi. seterusnya pada 14/6/2015 subjek seminar, kemudian 16/6/2015 subjek event dan 30/6/2015 mandarin III. Pada semester ini aku mengambil lima subjek, tetapi hanya 4 subjek sahaja yang mempunyai peperiksaan akhir.


Dari sehari ke sehari aku memikirkan bagaimana persediaan hendak dilakukan, daripada mankah aku perlu mula. Jika hendak difikirkan tentang subjek yang aku ambil pada semester ini boleh dikatakan semuanya susah. Aku rasakan seperti mahu menangis jika mengenangkan masa-masa yang telah aku sia-siakan sebelum ini. Belum termasuk ketika aku berada di dalam kelas. Ketika berada di dalam kelas aku hanya dapat rasakan jasad aku sahaja yang hadir, sedangkan fikiran aku menerawang ke alam mana pun aku sendiri tidak pasti.


Hmm..sampai sini sahaja entri yang dapat aku catatkan. Semoga aku kuat untuk hadapi peperiksaan akhir untuk semester ini. Mak Ayah, doakan anakmu dapat menjawab peperiksaan semester ini dengan baik ye.