SI
COMEL MUHAMMAD MUADZ
Hari ini aku ingin
bercerita mengenai rinduku kepada Muhammad Muadz. Sesiapa yang pernah membaca
entri sebelum ini pasti sudah mengenali siapakah dia Muhammad Muadz itu.
Baiklah, kepada yang baru sahaja mahu membaca entri ini, marilah aku
perkenalkan dengan Muhammad Muadz. Muhammad Muadz adalah anak buahku yang
pertama anak kepada kakak dan abang iparku.
Hm..hati ini terasa rindu
sangat ingin pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Muhammad Muadz. Yela, sudah
tiga minggu aku di Sintok, manalah rasa rindu ini tidak hadir. Lebih-lebih lagi
kakakku dan juga ibuku kerap kali bercerita mengenai Muhammad Muadz. Kata
mereka Muhammad Muadz sudah pandai ketawa dan mahu bercakap, tetapi biasalah
cakapan bayi tidak boleh difahami kita. Aku dapat merasakan tingkah laku
Muhammad Muadz sangat comel dan menghiburkan hati.
Cara penyelesaian untuk
rindu aku ini adalah dengan membebankan kakakku supaya menghantar gambar
anaknya kepadaku setiap hari. Dengan cara ini masih belum tentu berkesan untuk
menghilangkan rindu yang tersimpan dalam sanubariku ini tau. Sampai kakakku pun sudah komplen bahawa
memori telefonnya penuh.
Sabarlah wahai hati,
hanya berbaki tiga minggu sahaja untuk aku menghabiskan sisa-sisa hidupku
sebagai pelajar di bumi Sintok yang indah ini. Tetapi sebelum itu, aku haruslah
menempuhi liku-liku kehidupan sebagai pelajar dengan menyiapkan tugasan dan
juga menghadapi peperiksaan akhir sebelum keluar dari sini. Semoga semuanya
berjalan lancar dan aku dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan itu nanti.
No comments:
Post a Comment