Apakah persediaan supaya graduan tidak
menganggur?
Statistik menunjukkan
kadar pengangguran di Malaysia semakin meningkat, statistik Jabatan Perangkaan
Malaysia (2014), menunjukkan seramai 216,048 orang (56%) Grdaduan Universiti
menganggur daripada 385,800 penganggur di Malaysia. Kadar pengangguran semakin
hari kian meningkat disebabkan oleh graduan semakin bertambah saban tahun.
Graduan harus bijak
mengatur langkah kehidupan masing-masing untuk menempatkan diri dalam pasaran
pekerjaan. Para graduan perlu melakukan persediaan supaya tidak menganggur
selepas tamat pembelajaran. Para graduan boleh mula menghantar resume untuk
memohon tempat pekerjaan . Mereka boleh mencari pekerjaan bagi mendapatkan
pengalaman. Hal ini kerana, pengalaman adalah sukar diperolehi jika tiada usaha
dalam mencari pekerjaan, Sesebuah organisasi tidak mudah untuk memberi peluang
pekerjaan kepada individu yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam
pekerjaan terutamanya graduan yang masih baru. Ini salah satu cara syarikat
pada masa kini dalam membuat pemilihan pekerja bagi memastikan pekerja yang
bakal dipilih benar-benar berkualiti bukan sahaja dari aspek pengetahuan tetapi
dari aspek “softskill” dan “hardskill”.
Selain itu, para graduan
tidak seharusnya terlalu bersikap memilih dalam mencari pekerjaan. Ini adalah untuk
kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap seperti ini tidak mendatangkan
apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri melainkan merugikan kerana tidak
memperolehi pendapatan serta pengalaman. Para graduan kebanyakkannya memilih
pekerjaan berasaskan tahap pencapaian dan jurusan mereka sahaja. Jika mereka
diberi tawaran pekerjaan yang tidak berkaitan dengan mereka, mereka lebih
memilih untuk melepaskan peluang tersebut.
Langkah seterusnya, para
graduan harus menitikberatkan kemahiran dalam nilai tambah diri mereka seperti
kemahiran komunikasi, menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan dan
sebagainya. Kemahiran ini amat penting untuk diterapkan dalam setiap diri
individu. Sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran yang lebih besar dalam
alam pekerjaan yang bakal ditempuhi kelak, mereka perlu bijak untuk
menyesuaikan diri melalui penerapan kemahiran insaniah dan kemahiran yang lain.
Ini bertujuan membolehkan diri para graduan untuk bersaing dan seterusnya
menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik berikutan alam pekerjaan
mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dengan alam pembelajaran.
Kesimpulannya, graduan
haruslah berfikiran terbuka dan bijak dalam menangani masalah ini agar tidak mengalami
masalah pengangguran. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian,” dan satu lagi pepatah, “di mana ada kemahuan
di situ ada jalan dan nak seribu daya
tak nak seribu dalih.” Maka, tiada sebarang alasan untuk para graduan memilih
untuk menganggur. Hal ini kerana jika usaha tidak disertakan dalam pencarian
sesebuah pekerjaan sudah tentu mereka tidak akan perolehi sebarang kejayaan.
No comments:
Post a Comment